Saturday, October 20, 2012

Renungankanlah - Pujangga2


Kata-kata Pujangga: “Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.”

Kata-kata Pujangga: “Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri.”

Kata-kata Pujangga: “Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat duniayang mengiurkan.”

Kata-kata Pujangga: “Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.”

Kata-kata Pujangga: “Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.”

Kata-kata Pujangga: “Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti.”

Kata-Kata Pujangga: “Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.”

Kata-kata Pujangga: “Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.”

Kata-kata Pujangga: “Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.”

Kata-kata Pujangga: “Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian didalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?”

Kata-kata Pujangga: “Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.”

Kata-kata Pujangga: “Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur”

Kata-kata Pujangga: “Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya merekayang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang.”

Kata-kata Pujangga: “Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra.”

Kata-kata Pujangga: “Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.”

Kata-kata Pujangga: “Manusia tak akan berjaya selagi sentiasa mengenangkan kegagalan yang pernah ditempuhinya.”

No comments:

Post a Comment