Saturday, October 20, 2012

Renungkanlah - Pujangga 3


Kata-kata Pujangga: “Untuk mendapat sesuatu yang besar, kita patut banyak berkorban perkara-perkara yang kecil.”

Kata-kata Pujangga: “Tiada siapa akan mengubah saya, oleh itu saya perlu ubah diri sendiri.”

Kata-kata Pujangga: “Seorang juara tidak menangguhkan kerjanya.”

Kata-kata Pujangga: “Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima danmeminta nasihat daripada orang lain.”

Kata-kata Pujangga: “Hidup ini adalah keputusan diri sendiri.”

Kata-kata Pujangga: “Setiap manusia mahu dihargai, sekurang-kurangnya berilah senyuman kerana memberikan senyuman seperti memberikan orang lain peluang.”

Kata-kata pujangga: “Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup inibukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilaimahalnya setitis air mata.” (Kiriman seorang kawan)

Kata-kata Pujangga: “Barangsiapa yang tidak mampu untuk mendidik dirinya, nescaya tidak mampu untuk dia mendidik orang lain.”

Kata-kata Pujangga: “Barangsiapa yang sengaja meletakkan dirinya di tempat-tempat tohmahan, maka janganlah dia mencela orang yang buruk sangka terhadapnya.”

Kata-kata Pujangga: “Dunia ini adalah umpama bangkai sedang pemburunya persis seekor anjing.”

Kata-kata Pujangga: “Barangsiapa yang panjang kemarahannya maka sirnalah adab dan akhlaknya.”

Kata-kata Pujangga: “Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain,duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki.”

Kata-kata Pujangga: “Orang yang tidak menghormati orang lain tidak akan dihormati.”

Kata-kata Pujangga: “Barangsiapa yang tiada sifat penyayang maka dia tidak akan disayangi”

Kata-kata Pujangga: “Barangsiapa yang tidak pernah merasai sesuatu, nescaya tidaklah ia mengetahui.”

Kata-kata Pujangga: Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya.” - Nur Kasih

No comments:

Post a Comment